Rabu, 16 Mac 2011

Fakta: Kira-Kira Untuk Tahun 2011


Cuba anda kira Umur anda ditambah dengan tahun kelahiran anda. Contoh umur 26 tahun dan lahir pada 1985.
Jadi tambahkan 26 dengan 85 dan hasilnya 111. Anda boleh cuba kira sendiri. 
Hasil ini adalah valid sehingga 31 Disember 2011 sahaja. 

Gambar: You Jump I Jump Versi Tak Jadi


Ini kira Titanic versi tak jadi. Memang potong la....

Selasa, 15 Mac 2011

Pelik: Ikan Sesat Tak Jumpa Jalan




Kejadian ini berlaku di Acapulco, Mexico.Beribu ikan jenis sardine, achovy dan mackerel telah berkumpul setempat dengan padatnya berhampiran pantai. Para nelayan disitu menganggap fenomena gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun sebagai punca kejadian ini.

Masalahnya, Jepun dan Mexico jauh beribu nautika, apa kaitan ikan-ikan ini dengan kejadian tersebut? Persoalan lainnya kenapa tidak datang ke Malaysia sahaja? Untung-untung harga ikan di Malaysia jadi murah.

Kagum: Disiplin Orang Jepun

Kagum tengok rakyat Jepun menerima bantuan setelah tsunami melanda negara mereka. Dikhabarkan bekalan makanan dan minuman adalah terhad. Sungguhpun begitu tiada kes kecurian yang sepertimana kita selalu dengar walaupun di Malaysia.

Agak-agak korang boleh buat macam ni tak kalau Malaysia ni dilanda musibah? Kalau ada yang kata boleh tu thumb up kat korang. Kalau tidak, lu pikir lah sendiri.


Isnin, 14 Mac 2011

Realiti: Shrek di dunia sebenar


Terdapat manusia yang Rupanya betul-betul macam Shrek. Nama mamat ni Maurice Tillet. Beliau adalah seorang ahli gusti sekitar tahun 1040-an. Fakta yang menariknya mengenai Murice adalah, beliau boleh bercakap dalam 14 bahasa dan beliau adalah seorang penyair sebelum dia menjadi ahli gusti.

Sebelum ini rupa Maurice normal sehinggalah beliau diserang penyakit acromegaly yang mengakibatkan penumbuhan tulang yang luar biasa. Mungkin kerana rupanya yang pelik itu menyebabkan dia menjadi ahli gusti. Kalau tengok mukapun dah memang nampak gerun. Mungkin watak Ogre dalam cerita Shrek datangnya ilham dari Murice. Maurice meninggal dunia pada tahun 1954 pada usia 51 tahun akibat komplikasi penyakit jantung.

Jumaat, 11 Mac 2011

Pelik: Kembar siam di India





Menurut dari sumber menyatakan bahawa kembar yang melekat di dada tersebut tidak bernyawa, tetapi ia tetap membesar mengikut tmbesaran kembarnya.



Pembedahan dijalankan bagi memisahkannya.


Kedua-dua kembar Si kembar bersama bapa ceria.

Video: How to Dive and Cheat

Video ini sesuai kepada anda yang suka bermain bola dan pada masa yang sama suka berlakon. Kombinasi ini cukup sesuai untuk ditampilkan dalam video ini

Khamis, 10 Mac 2011

Kagum: Ini bumi kita

Mengkagumkan kalau dapat melihat bumi pada ketinggian orbit 350 KM dari bumi kan. Semua gambar diambil dari viewing platform di dalam ISS. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar tak pernah pulak tunjuk gambar dia kan. Adakah beliau sudah ketingalan kamera atau kamera kehabisan bateri time tu. Kalau aku mungkin aku dah upload picture banyak-banyak kat facebook. Kasi menangis sama rakyat Malaysia. Berbaloi-baloi dapat datuk.


Ini pula pemandangan waktu malam. Boleh nampak negara Itali dan delta Sungai Nil. Kalau tak kita dah ada pemandangan waktu malam di Malaysia dari ISS dah...

kantoi: Pramugari

Rasa-rasanya pakai baju kebaya dan skirt boleh selamatkan diri apabila pesawat terhempas ke?
Soalan ini pernah ditanya oleh Dr Muhd Fuad Zarkasyi dalam parlimen. Kita boleh lihat pakaian pramugari MAS dan Air Asia memang kita rasa hawt giler kan. Rasa kalau naik flight tak nak dok tepi tingkap. Padahal dok tengah bukan berani nak tegur pramugari pun.


ramah mesra pramugari MAS


pramugari Air Asia


Berbeza dengan pramugari dari Iran Air. Memang cukup-cukup sopan rasanya. Tertutup dan terpelihara mata kita. Pas tu kalau anak perempuan kita nak jadi pramugari pun kita tak ragu-ragu kalau macam ni.
Lagi Sopan

Kenapa perlunya kesopanan begini? Pelbagai kemungkinan yang tak dijangka munkin akan berlaku yang akan menyebabkan diri sendiri, mak bapak dan keluarga akan malu. Contohnya seperti gambar di bawah:

kantoi!!!


Sebenarnya menjadi pramugari bukanya satu kesalahan. Tetapi menjadi pramugari menjadi kesalahan jika banyak benda terdedah seperti di negaraku tercinta Malaysia.


Setuju???

Filem: Hikayat Merong Mahawangsa

Apa yang menariknya dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa ni? Yang menariknya adalah saya telah membeli tiket untuk menontonnya Jumaat ini. Dah lama usha filem ini, Rasanya semenjak awal tahun 2010 dulu.

Filem ini dijangka akan meletup dan melakar sejarah tersendiri. Dah lama menunggu tarikh tayangan filem ini. Kalau tengok trailer filem ini pun dah rasa menarik. Di bawah ada trailer dan sinopsis filem ini.


Sinopsis:

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Post pertama En. Pjoe

Saya budak baru belajar, Kalau salah tolang tunjukan. Ini adalah blog peribadi En. Pjoe yang kandungannya adalah perkara yang berkaitan dengan kehidupan saya, keluarga, rakan dan masyarakat.

Anda boleh bagi cadangan, pendapat dan berkongsi apa sahaja dengan saya dengan menghantar emel anda ke en.pjoe@gmail.com.

Terima kasih saya dahulukan kerana sudi membaca post ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...