Jumaat, 3 Februari 2012

Kenderaan: Perodua Alza SR (Smart Ride)


Spesifikasi Perodua Alza SR (Smart Ride)
Warna : Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple
Tiada air bag
Tiada ABS
Tiada EBD
Tiada BA
Tiada butang audio di stereng
Di bahagian dashboard hanya satu tone sahaja

Harga Perodua Alza (SR) – Harga Atas Jalan
Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50

Jika dilihat maklumat di atas, mungkin ada yang kurang senang dan ada yang mempertikai perkataan "Smart Ride". Jika dilihat ianya lebih sesuai dikatakan "Safety Reduced" (ini adalah pandangan dari blogger lain). Bukankah kerajaan menyarankan setiap pengeluar kereta memasang beg udara??? Tapi sayangnya model ini tidak dapat menyediakannya. Walauapapun ianya terpulang kepada bakal pengguna sama ada memilih kenderaan yang mempunyai ciri keselamatan yang lebih atau harga yang lebih rendah.




Gambar: Banjir KTM Seremban

Gambar tanpa kata.

video: Kemalangan Paling Menggelabah Di Malaysia

Anda menggelabah???
Anda mungkin semakin menggelabah???
Anda mungkin terlebih menggelabah???
Anda mungkin teramat menggelabah???

Sila jangan sesekali cuba memandu. Anda mungkin menyebabkan ramai orang sakit hati dan memaki anda. Elakan daripada ianya berlaku terhadap diri anda.



Video: Apa Yang Anda Tidak Dengar Di Malaysia???

Amat bertuah dan makmurnya JIKA apa yang terjadi di dalam video ni menjadi realiti... hehe..

Khamis, 2 Februari 2012

Video: Lalang

Video ini sedikit ceminan politik dari pandangan rakyat yang tak berpihak kepada mana-mana parti politik. Lalang ni selalunya gelaran kepada orang yang sekejap berpihak A, esok berpihak kepada B. Tak minat politik mesti tak paham. Kalau faham sila ambil pengajaran. Enjoy...

Rabu, 1 Februari 2012

Video: Ubah Pemikiran Tentang Pendidikan

Berguna rasanya untuk santapan minda bagi golongan yang sukar nak membaca. Persembahan yang menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...