Rabu, 27 April 2011

Geli: Gambar Proses Membuat Tauhu

Kepada yang tidak boleh tahan muntah sila jangan tengok gambar dalam post ini. Sangat menyayat hati.

untuk paparan lebih besar klik pada gambar

Sabtu, 23 April 2011

Realiti: Pen Jimat

Kadang-kadang kita melihat hal ni benda kecil sahaja. Tetapi ianya memang memberi kesan terhadap umat manusia sejagat. Yang penting "jimat"....

Selasa, 19 April 2011

Gambar: Ramalan Orang Pada Tahun 1910 Mengenai Orang Zaman Sekarang

Kalau zaman kita sekolah rendah mesti ada ketikanya cikgu pendidikan seni suruh kita buat lukisan apa yang akan terjadi pada zaman 2020 kononye. Seingat aku, aku akan lukis gambar kereta tampa tayar (boleh terbang), ada roket kat memana je(apa motif roket pun aku x tau), pastu ada bendera Malaysia. Korang mesti ada bayangan tersendiri dan ada bayangan korang sama gak dengan bayangan aku (sbb aku pun tiru je org len wat).

Orang-orang zaman dulu pun ada bayangan apa yang akan terjadi pada hari ini. Ada yang releven dan ada yang benar-benar terjadi. Idea tu yang penting untuk mengubah peradaban manusia akan datang.

Mari kita tengok...

hantar telegram ada video skali (tak releven lagi sebab komunikasi kita lebih canggih)



lalu lintas sesak di udara (kita tak mampu lagi)

bomba datang menyelamat menggunakan kepak kelawar (good idea)

drive thrue di udara

peperangan ada kereta perisai (sekarang lg canggih)

Kalau korang malas nak baca buku ini alternatif. Masukan buku dlm mesin dan korang boleh dengar.

Kuda sebagai bahan pameran dan pertunjukan. (betul betul betul terjadi)

Surat dihantar dengan pembesar suara

Membuat bangunan menggunakan mesin yang dikawal manusia

Gunting rambut guna mesin

kapal udara

Perisik menggunakan helikopter

Jumaat, 8 April 2011

Kagum: Gaya Datuk Nicole David Gaya No.1



Macam ni lah superstar. Aku memang kagum dengan dia ni semenjak aku sekolah rendah lagi. Ketika ini beliau menentang Natalie Grinham semasa separuh akhir Terbuka Cayman Islands

Khamis, 7 April 2011

Realiti: Jenazah Perwira Negara Disemadikan Setelah 61 Tahun Terkorban



SELAMAT DISEMADIKAN : Beberapa cebisan tulang wira negara, Mohammed Abdul Lalil @Jalil yang terkorban pada 25 Ogos 1950, akhirnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Treh, Muar semalam.

Terdahulu tulang Allahyarham disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum diserah kepada anggota keluarganya. Mohammed, ketika itu berusia 25 tahun, terkorban apabila pesawat Dakota C4 dari pasukan ke-52 Skuardron Tentera Udara Diraja British terhempas ketika misi menggugurkan ''smoke markers'' bagi membantu operasi pengeboman ke atas lokasi komunis di sekitar kawasan hutan Gua Musang.

Turut terkorban ialah juruterbang pesawat itu, tujuh anggota tentera British, dua orang awam dan seorang jurupandu orang asli.

Sumber PDRM

Rabu, 6 April 2011

Survey: Perasaan Wanita Mengenai Teman Facebook

Survey ini dijalankan ke atas 400 orang wanita dan hasil servey tersebut, nah tengok dan marilah sama-sama kita renung-renung kan dan selamat beramal.

 



Isnin, 4 April 2011

Blog: Blog Serius


Blog serius ni betul-betul sangat serius. Aku betul-betus serius admire kat blog ni. Serius aku nak cakap blog ni serius best. Serius kalau anda baca blog ni memang tak boleh fokus benda lain. Serius aku tak ada kena mengena dengan blog ni melainkan sebagai pembaca yang serius sahaja. Serius tak tau nak kata apa lagi dah.

Hiburan: Keputusan penuh ABPBH2010





Boleh layan gak la anugrah ni. Kali ni ABPBH menampilkan Syarifah Syahira, Raja Azura dan Zizah Raja Lawak sebagai pengacara. Paling best dalam ABPBH ni adalah masa Ucop Wheelchair dengan Johan naik atas pentas. Gamat sekejap time tu. Apapun tahniah kepada yang menang lebih-lebih lagi kepada Shaheizy Sam yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH2010. Kurangkan kontrovesi, tingkatkan prestasi.

1. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Sixth Sense
2.Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha
3. Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah
5. Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani
6. Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi
7. Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
8. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
9. Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
10. Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
12. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil
13. Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
14. Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
15. Artis Mobile Popular – Sixth Sense
16. Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
17. Pelakon Filem Lelaki Popular -Shaheizy Sam
18. Penyanyi Wanita Popular - Yuna
19. Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam

Kredit Gambar Lisa kpd Oh Bulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...