Spesifikasi Perodua Alza SR (Smart Ride)
Warna : Glittering Silver, Ivory White dan warna baru Mystical Purple
Tiada air bag
Tiada ABS
Tiada EBD
Tiada BA
Tiada butang audio di stereng
Di bahagian dashboard hanya satu tone sahaja
Harga Perodua Alza (SR) – Harga Atas Jalan
Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Solid – RM53,013.50
Perodua Alza SR 1.5 BX (Manual) Metalik – RM53,513.50
Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Solid – RM56,013.50
Perodua Alza SR 1.5 BZ (Automatik) Metalik – RM56,513.50
Jika dilihat maklumat di atas, mungkin ada yang kurang senang dan ada yang mempertikai perkataan "Smart Ride". Jika dilihat ianya lebih sesuai dikatakan "Safety Reduced" (ini adalah pandangan dari blogger lain). Bukankah kerajaan menyarankan setiap pengeluar kereta memasang beg udara??? Tapi sayangnya model ini tidak dapat menyediakannya. Walauapapun ianya terpulang kepada bakal pengguna sama ada memilih kenderaan yang mempunyai ciri keselamatan yang lebih atau harga yang lebih rendah.