Khamis, 7 April 2011

Realiti: Jenazah Perwira Negara Disemadikan Setelah 61 Tahun Terkorban



SELAMAT DISEMADIKAN : Beberapa cebisan tulang wira negara, Mohammed Abdul Lalil @Jalil yang terkorban pada 25 Ogos 1950, akhirnya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Treh, Muar semalam.

Terdahulu tulang Allahyarham disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum diserah kepada anggota keluarganya. Mohammed, ketika itu berusia 25 tahun, terkorban apabila pesawat Dakota C4 dari pasukan ke-52 Skuardron Tentera Udara Diraja British terhempas ketika misi menggugurkan ''smoke markers'' bagi membantu operasi pengeboman ke atas lokasi komunis di sekitar kawasan hutan Gua Musang.

Turut terkorban ialah juruterbang pesawat itu, tujuh anggota tentera British, dua orang awam dan seorang jurupandu orang asli.

Sumber PDRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...